Our much loved Shah Alam Community Forest was highlighted by Malaysia’s Malay daily, Berita Harian on 11th August 2022.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan dua badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Selangor membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah.
Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), berkata Hakim Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
“Mahkamah juga menetapkan 28 September ini untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh dua pertubuhan itu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Minggu lalu, PEKA dan SACF memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kerajaan Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling pada 20 November 2000 untuk menyahwartakan hutan simpan itu.
Mereka menamakan Kerajaan Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden.
Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.
Read more on Berita Harian here.