In May 1909, Bukit Cherakah Forest Reserve was constituted in the Selangor Government Gazette comprising 23,826 acres. As of 1st October 2020, following a total of 4 extensions and 21 excisions, the reserve had a net area of 6,482 acres remaining (refer to green area in attached map).
It was discovered that Shah Alam Community Forest (SACF) is still part of the remaining Bukit Cherakah Forest Reserve and has not yet been excised by the Selangor state government. Hence under existing laws, this area is still a Permanent Forest Reserve (Hutan Simpanan Kekal) and CANNOT be developed without first undergoing due public consultations to change its status.
This is the finding of a study commissioned by SACF Society, with funding from the UN’s Global Environment Facility (GEF) Small Grants Programme. The study was carried out with the assistance of legal experts from the Environment and Climate Change Committee of the Malaysian Bar Council led by Kiu Jia Yaw, and a team of mapping and forestry experts led by Dr Teckwyn Lim, an adjunct lecturer at the School of Environmental and Geographical Sciences, University of Nottingham Malaysia.
On behalf of groups of civil-society organisations, SACF Society’s lawyers have submitted a letter and detailed findings of this matter to the Selangor State Secretary and Selangor Forestry Department in November 2020. To date, neither have responded to refute our claims.
We urge the Selangor State Government to acknowledge the error of designating SACF as development land, and to acknowledge the rightful status of SACF as Hutan Simpanan Kekal and keep it protected in perpetuity for the Rakyat.Please help us to share this far and wide.

Berita Terkini: Kajian menunjuk bahawa SACF secara sah MASIH Hutan Simpanan Kekal
Pada bulan Mei 1909, Hutan Simpan Bukit Cherakah diwartakan dengan keluasan 23.826 ekar. Pada 1 Oktober 2020, berikutan 4 perluasan dan 21 pelupusan, hutan simpan tersebut mempunyai baki 6,482 ekar (kawasan hijau di peta yang lampirkan).
Didapati bahawa Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Cherakah yang masih belum dilupuskan oleh kerajaan negeri Selangor. Oleh itu, di bawah undang-undang yang sedia ada, kawasan ini masih merupakan Hutan Simpanan Kekal dan TIDAK BOLEH dibangunkan tanpa menjalani perundingan awam yang sewajarnya untuk mengubah status tanahgunanya.
Ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan SACF Society dengan pembiayaan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Geran Kecil GEF. Kajian ini dilakukan dengan bantuan peguam-peguam dari Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di Majlis Peguam Malaysia yang diketuai oleh Kiu Jia Yaw, serta sekumpulan pakar pemetaan dan perhutanan yang diketuai oleh Dr Teckwyn Lim, seorang pensyarah di Sekolah Fakulti Alam Sekitar dan Sains Geografi, Universiti Nottingham Malaysia.
Bagi pihak sekumpulan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, peguam Pertubuhan SACF Society telah menyerahkan surat dan penemuan terperinci mengenai perkara ini kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor pada bulan November 2020. Sehingga kini, tuntutan kami belum dibalas ataupun ditolak oleh kedua-dua pihak ini.
Kami mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk mengakui kesilapan merujuk SACF sebagai tanah untuk pembangunan dan mengiktiraf status SACF sebagai Hutan Simpanan Kekal dan memastikannya dilindungi untuk rakyat-rakyat.
Tolong bantu kami untuk berkongsi dan menghebah berita ini.